Bob, Akim, Rizal dan Joe empat orang sekawan yang berkawan sejak diorang tadika lagi. Dia orang memang akrab dan kamcing antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan mereka tidur di beramai-ramai di rumah salah seorang dari mereka. Ibu bapa mereka juga tidak kisah kerana tahu mereka berempat sangat rapat. Mereka memang biasa buat kerja gila tapi tidaklah sampai hisap gam dan hisap rokok. Umur mereka pun baru 12 tahun. Masih jakun lagi dengan dunia. Semua benda mereka nak tahu. “ Akim jangan pergi ke hutan Melipur tu ya?” Nasihat Mak Jah kepada anak keduanya itu. Akim yang sedang lahap menyuap nasi berlaukkan ikan kerisi masak asam pedas hanya mengangguk laju. Selesai makan, Akim bersiap untuk ke masjid. Nampak baikkan? Tapi sebenarnya dia nak jumpa kawan-kawan dia ...
Suasana Taman Desa Rembau sunyi sepi hanya ditemani dengan deruan angin yang sedikit kuat pada malam itu. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam tetapi keadaan di taman perumahan itu sudah kelihatan sepi tanpa ada orang-orang di jalan atau pun di luar rumah. Sarah membuka pintu peti aisnya. Dilihat jika ada sebarang makanan segera ataupun minuman sejuk yang dapat dihadamnya pada malam itu. Pintu ditutup, Penutup botol air minuman Orange Tripily di buka. Segera diteguknya untuk menghilangkan dahaga. Selepas hilang dahaga, dia pergi ke ruang tamu. Kelihatan adiknya, Maisarah berumur 9 tahun sedang meniarap di atas permaidani merah lembut bermotifkan bunga sambil menyiapkan kerja sekolahnya. Tv dibiarkan terbuka untuk menemani mereka berdua pada malam itu. Mak ayah Sarah masih belum pulang dari kenduri pak cik saudaranya...