Kereta
Honda CR-V meluncur laju atas balapan hitam.Disambut sorakan pokok-pokok yang
bergoyang ditiup angin petang.Cuaca redup dan mendung semendung pandangan
Haikal yang berada ditempat duduk belakang.PSP nya sudah lama berehat disisi
Haikal,mungkin sudah mula hilang keghairahan memainkan game-game yang tersemat
dalam badan canggih berlogam itu.Kedengarangan ayahnya Encik Mustaqim sedang
berbual dengan Maknya Puan Kamariah.
“Lambat
lagi ke papa?” Haikal menyampuk dari belakang.Pandangannya masih melekat pada
paranorma hijau yang sunyi dan sepi.Sesekali kelihatan beberapa banglo.
“Sabar
haikal.Sekejap lagi.Kamu mesti lagi sukakkan rumah baru kita ni.Besar dan lagi
cantik dari rumah kita yang lama.” Encik Kamal hanya menjawab dengan senyuman.
Haikal
memang tidak suka dengan idea berpindah rumah.Di rumah lamanya,dia ada ramai
kawan-kawannya yang berjiran mahupun
yang sama sekolah dengannya.Tidak jauh,dengan basikal pun boleh sampai.
Akan
tetapi,ayahnya memang sudah lama berhasrat memiliki dan mendiami rumah
banglo.Itu menjadi salah satu janji manis Encik Mustaqim kepada puan Kamariah
sebelum Haikal lahir.Lagi pula,kawan-kawan yang Haikal bercampur bukanlah
budak-budak yang baik.Justeru,Encik Kamal jarang terlibat dengan sosial masyarakat
di kawasan perumahan lamnya kerana sibuk dengan kerja duniawinya.Jadi Haikal
terpaksa akur dengan keinginan ayahnya.
Encik
akmal mula mengangkat kakinya dari pedal minyak perlahan-lahan.Speedometer mula
menurun ke kadar asalnya seiring dengan tekanan kaki di pedal minyak namun
berbeza dengan pedal Clutch yang mula ditekan.Gear ditukar dan signal ke kiri
dipasang.
“Wow!”Haikal
melongo.Encik Mustaqim tersenyum dengan bangga sambil memandang Puan Kamariah
seperti ingin memberitahu bahawa, “Saya dah tunaikan janji saya.”
Haikal
menjadi orang pertama yang keluar dari kereta seusai kereta itu berhenti
diperkarangan rumah besar itu.Haikal berasa takjub dengan rumah bangle
bersenikan British berwarna putih itu.Ada taman-taman bunga di
sekitarnya,mungkin milik mantan tuan rumah itu.
“Cantik
tak Haikal rumah baru kita?” Encik Akmal bertanya kepada Haikal.Badannya
separuh masih didalam kereta.
“Tak.”Haikal
menarik muka.
“Hahaha.Padahal
belum sempat papa buka tali keledar,Haikal dah hilang.” Encik Mustaqim mengusik
anaknya yang baru berumur 10 tahun.Barang-barang perabot rumahnya sudah sampai
sejak pagi tadi dengan lori.
Sedang
Haikal meninjau persekitaran rumah,Haikal ternampak patung beruang berwarna
kuning sedang dudukdiatas kerusi jati berwarna coklat gelap.Patung itu memakai
baju biru dengan tulisan “TABBY” berwarna merah ditengahnya.
Haikal
mendekati patung itu.Patung itu kelihatan lusuh dan sedikit kotr.Haikal yang
suka melepaskan kemarahan atau ketidak pusan hati,mula berdendam tanpa sebab
dengan patung tu.
Dia
mengambil patung itu,menumbuk,memukul dan meremas-remas patung itu.Melepaskan
ketidakpuasan hati kerana harus berpindah.
“Buat
apa dengan patung tu?” Sergahan Encik Mustaqim mengejutkan Haikal.
“Hissh,papa
ni!” Haikal merungut namun dibalas dengan gelak tawa Encik Mustaqim.
“Kotor
mende tu.Jangan main pukul-pukul.Nanti dia datang cari kamu malam-malam.Macam
patung Chuck tu.” Ayah dia memberi nasihat sambil mengolok-olok anaknya.
“Tu
dalam Movie je.Tak ade dalam dunia sebenar.” Jawab Haikal walaupun timbul
sedikit ketakutan dalam dirinya.
“Dah,pergi
naik atas.Tengok bilik kamu.Bilik kamu disebelah bilik papa.Mama dah ada kat
atas.Pergi mandi.Nanti turun makan.”Arah Encik Mustaqim.Nasib baik mereka sudah
bungkus nasi campur dalam perjalanan.
Haikal
hanya megangguk dan terus berlarik anak-anak sambil membawa patung kuning
itu.Seusai sahaja mendarat ditingkat atas itu,Haikal meneliti setiap ruang di
tingkat atas banglonya itu.
Ada
satu bilik Masterroom dan dua bilik
tidur.Setiap bilik disediakan tandas.Tanpa bertanya ibunya yang sedang
mengemas barang di bilik masterroom itu,Haikal terus masuk ke bilik yang kedua
sebelah bilik ibunya tadi.
Katil
dan perabot kebanyakkannya telah dihantar dan disusun oleh ayahnya bersama
pekerja beberapa hari yang lepas.Patung
itu terus dcampak ke hujung bilik seraya mencampakkan tubuhnya ke atas Spring
bed yang baru dibeli itu.
Malam
itu,Haikal sedang tidur nyenyak samil ditangannya sedang memegang PSP.Mungkin
game nya sudah menerobos alam mimpi Haikal.
Namun,bunyi
sesuatu jatuh telah menghancurkan alam mimpi Haikal,Haikal terbangun dari
mimpi.Jarum jam Batman menunjukkan jam 3.15 pagi.Seribu satu spekulasi mula
bermain dalam fikiran Haikal.
Haikal
turun dari katil perlahan-lahan.Dan perlahan-lahan juga Haikal berjalan ke
pintu biliknya.Dibuka perlahan dan dia terus mengintip ke luar dengan pintu
terbuka seluas panjang jari.Tiada apa.Cuma lampu bilik mak ayahnya terbuka
dengan pintu terbuka.
Mungkin
ayahnya yang keluar pergi tandas,atau ke dapur untuk menghilangkan haus.Tapi
tekaannya tersasar apabila mendengar bunyi jeritan emaknya.
“Emak!”
Haikal terus berlari ke arah bilik maknya.Spontan naluri anaknya timbul
mendengar jeritan emaknya.
Sampai sahaja di depan
pintu,mata haikal terbeliak.Terkejut dengan pemandangan yang tersaji di depan
mata.Kelihatan satu patung besar yang
bermotif arnab sedang berdiri membelakanginya.Terdapat banyak anak patung yang
dijahit ditubuh patung besar itu.Ditangannya kelihatan memegang besbol yang
bercatkan darah.Kelihatan satu tubh tekulai dikaki patung itu.Darah mengalir
keluar dari tubuh itu.
“AYAH!!”
haikal menjerit memangil ayahnya yang mungkin sudah dialun dengan Patung
setinggi dua meter itu.Namun,sahutan itu dibalas dengan Patung gergasi itu.Dia
memandang Haikal dengan mata bulat hitam yang menyembunyikan seribu satu motif
yang tidak diketahui.
“LARI
HAIKAL!!!” Maknya menjerit.Darah mengalir di muka maknya.
“LARI!!”
Maknya mengulangi.Air mata mengalir sederas darah dimukanya.Haikal
kaku.Lututnya terasa longgar.Kakinya terpaku.
“MANAAA
TAABBYY?!!” Satu suara terbit dari patung itu.Pandangannya masih terkunci
memandangan Haikal.
Haikal
mula menangis.Serta merta Haikal berlari ke dalam biliknya.Dia terus kunci
pintu.Tujuannya hanya satu,cari patung beruang bewarna kuning itu dengan
harapan patung gergasi itu akan pergi selepas mendapat patung itu.
Tapi
kelibat patung tidak ada.Di tempat dia mencampak patung itu petang tadi,di
bawah katil,bawah meja dan setiap pelusuk biliknya itu.Ghaib.Kedengaran bunyi
berdecit dari luar bilik.Dia tahu itu tetamu rumah barunya yang tidak dijemput.
Haikal
terus bersembunyi dalam almari.Dia mula menangis.Tak tahu bagaimana nasib mak
ayahnya.Mungkin kalau dia tidak memukul dan melepaskan geram terhadap patung
itu.Atau dia langsung tidak menyentuhnya.Pasti tidak akan jadi begini
Atau
jika ayahnya tidak membeli rumah ini.Ya!ini semua salah ayahnya.Haikal mula
tergelak seorang.Padan muka!Siapa suruh pindah rumah?!Fikirannya mula
bercelaru.Dia tidak kisah gelakannya didengari jelmaan mainan kanak-kanak itu.
Haikal
mula ketawa terbahak-bahak.Bunyi pintu dipecah kedengaran namun itu langsung
tidak menghentikan gelak tawa Haikal.Patung it uterus berjalan mengheret kayu
besbolnya kea rah alamri selepas mendengar gelak tawa yang disertakan tangisan
itu.
TABBY!!!!
Ulasan
Catat Ulasan