Langkau ke kandungan utama

SESAT!



Bob, Akim, Rizal dan Joe empat orang sekawan yang berkawan sejak diorang tadika lagi. Dia orang memang akrab dan kamcing antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan mereka tidur di beramai-ramai di rumah salah seorang dari mereka. Ibu bapa mereka juga tidak kisah kerana tahu mereka berempat sangat rapat.
            Mereka memang biasa buat kerja gila tapi tidaklah sampai hisap gam dan hisap rokok.  Umur mereka pun baru 12 tahun.  Masih jakun lagi dengan dunia. Semua benda mereka nak tahu.
            “ Akim jangan pergi ke hutan Melipur tu ya?” Nasihat Mak Jah kepada anak keduanya itu. Akim yang sedang lahap menyuap nasi berlaukkan ikan kerisi masak asam pedas hanya mengangguk laju.
            Selesai makan, Akim bersiap untuk ke masjid. Nampak baikkan? Tapi sebenarnya dia nak jumpa kawan-kawan dia untuk berbincang akan rancangan yang kaw punya.
            Masjid dekat sahaja dengan rumah Akim, jadi Akim boleh pergi sendiri tanpa ikut abahnya  yang pergi naik Scooter. Abahnya tidak larat berjalan kerana Diabetes. Untung sahaja abangnya yang sulung sudah bekerja sebagai doktor. Boleh juga dia tampung keluarganya yang di kampung.
            “ Amacam Akim. Ada Chance tak?” Soal Joe selesai solat Maghrib.
            “ Mak aku tak bagi. Tapi aku on je.” Jawab Akim, semangat.
            “ Betul ke kita nak pergi ni?” soal Rizal.
            “ Pergilah! Ko takut ke?” sindir Joe.
            “ Taklah! Aku okay je.” Jawab Rizal semangat.
            “ Aku dengar banyak budak hilang kat hutan tu.” Bob yang senyap dari tadi mula membentangkan khabar angin yang dia dengari.
            “ Ah! Itu kalau pergi malam memanglah hilang. Kita pergilah petang. Lagipun kita empat orang. Apa-apa hal pandai-pandailah aku jadi Ultraman!” Ujar Joe sebelum ketawa terbahak-bahak. Kawan-kawannya juga tergelak mendengar lawak Joe itu.
            “Okay, besok lepas solat Asar ye kita berkumpul.” Ujar Joe. Kawan-kawannya yang lain mengangguk semangat.
            Mereka akan meneroka hutan Melipur yang berada tidak jauh dari kampung mereka dengan menaiki basikal. Hutan Melipur dahulunya bukanlah hutan larangan ibu-bapa seperti sekarang, malah agak ramai juga orang-orang kampung yang mendirikan rumah di situ. Tapi dua tiga tahun sejak kebelakangan ini, hutan itu sepertinya sudah tidak berpenghuni dan banyak khabar-khabar angin yang tidak sedap di dengari berlegar-legar di kalangan penduduk kampung Semerjam Limau.
            Ada yang kata hutan itu berpuakalah, ada budak hilang, ada haiwan buas, Botalah dan pelbagai macam lagi khabar angin yang sedikit-sebanyak merunsingkan ibu-bapa.
            “ Nak pergi mana itu Johan?” Soal Mak Senah yang sedang masak di dapaur apabila melihat kelibat anaknya Joe yang mahu keluar.
            “ Nak mainlah mak.” Teriak Joe di pintu rumah agar ibunya dengar. Maklumlah rumah kayu, dapurnya agak ke bawah.
            “ Main apa!?” Teriak Mak Senah lagi.
            “ Main basikallah mak. Dengan kawan-kawan Johan!” Jawab Joe lagi sambil berteriak.
            “ Balik sebelum Maghrib ya!” Nasihat Mak Senah. Setiap kali Joe ingin keluar bermain Mak Senah akan ingatkan dia untuk balik sebelum Maghrib. Kalau tidak memang lepas Maghriblah baru pulang. Belum lagi kalau Pak talib balik rumah awal. Memang makan tali pingganglah jawabnya.
            “ Iya!” teriak Joe pendek. Mak Senah tidak perasan yang anak sulungya itu membawa beg sandang. Dia isi beg Sandang itu dengan makanan-makanan seperti snek dan Chickedis.
            Joe tersenyum sendiri. Plan mereka nampak berjalan lancar setakat ini. Mereka mahu berkelah di hutan Melipur yang serba misteri itu. Esok bolehlah mereka berlagak dengan kawan-kawan sekelasnya.
            Cuaca kelihatan sangat cerah seakan-akan mengizinkan mereka semua menjalankan aktiviti tersebut. Joe kayuh basikal dengan laju. Jalan kampung, tidak banyak kereta atau motor yang lalu lalang. Kalau ada pun, boleh dikira dengan jari sahaja.
            Mereka berkumpul di sebuah pondok kayu yang terbiar yang merupakan port mereka berkumpul di situ. Walaupun agak sunyi dan agak jauh dari kawasan perumahan kampung, tetapi tidak ada mat-mat gian yang menjadikan tempat itu sebagai port rasmi mereka, tak tahu apa sebabnya. Mungkin kerana pondok itu terletak agak dekat dengan tempat masuk hutan Melipur. Mungkin juga?
            Joe sudah sampai di kawasan port mereka. Kelihatan Bob, Akim dan Rizal sudah menunggu sambil bermain gasing  pangkah. Joe membunyikan loceng basikalnya membuatkan kawan-kawannya yang leka bermain menoleh ke arah Joe yang tersengih-sengih memberhentikan basikalnya di sebelah basikal-basikal kawan-kawannya.
            “ Oi, lambat ko datang.” Bob menegur sapa dengan nada memerli.
            “ Alaa, biasalah bos besar.” Joe berseloroh. Kawan-kawannya  tersengih-sengih mendengar jawapan Joe itu.
            “ Kau orang bawak apa je hah?” Soal Joe melihat beg-beg kepunyaan kawan-kawannya yang disandarkan pada tiang pondok kayu itu.
            “ Aku bawa makanan sikit-sikit je.” Jawab Bob.
            “ Aku bawak makanan dengan dengan lastik. Mana tahu boleh lastik burung-burung dekat dalam hutan tu nanti.” Jawab Rizal.
            “ Jaga-jaga, nanti burung Akim juga yang kau lastik.” Ujar Joe sebelum disambut dengan gelak tawa kawan-kawannya.
            “ Aku pulak bawak ni.” Joe dan kawan-kawannya menghampiri Akim yang sedang membuka zip begnya.
            “ Uih parang. Bahaya ni.” Ujar Bob serius. Dia ada pengalaman buruk dengan parang. Semasa usianya enam tahun, dia dan bapanya pergi mencari buluh untuk membuat lemang sempena hari raya. Sewaktu bapanya sedang berehat, Bob yang tidak tahu apa-apa bermain-main dengan parang bapanya yang terletak agak jauh dari apanya yang sedang berehat.
            Tetak punya tetak, akhirnya ibu jari Bob yang menjadi mangsa. Habis di jahit sembilan. Sejak itu, Bob trauma dengan senjata-senjata tajam. Perit woo kena jahit, tak boleh jalan, main atau pergi tadika.
            “ Parang pendek je ni. Kita kan nak masuk hutan. Kena ada senjata sikit mana tahu ada orang jahat ke.” Jawab Akim serius membuatkan kawan-kawannya mengangguk setuju.
            “ Dah jom gerak!” Joe memberi arahan selaku perancang ketua tidak rasmi rombongan itu. Kawan-kawannya menyarung beg sandang masing-masing dan mula menunggang basikal masing-masing.
            Mereka mula memasuki kawan hutan Melipur. Kelihatan banyak sekali pokok-pokok Ara yang menghiasi pemandangan mereka sepanjang perjalanan mereka.
            Walaupun baru jam 5 petang, tetapi keadaan di dalam hutan itu kelihatan redup dan tenang membuatkan Joe dan kawan-kawannya lalai. Mereka berlima hanya banyak berdiam diri melihat panorama di dalam hutan tersebut.
            Joe yang mula menyedari rakan-rakannya hanya senyap sepanjang masa mula membuka beberapa topik yang yang menarik. Salah-satunya adalah topik mengenai perempuan.
            “ Kita patut ajak Amirah. Boleh cuci mata sikitkan?” Joe berseloroh. Topik itu berjaya memancing rakan-rakannya untuk berbual dengan lebih rancak. Perbualan mereka adakalanya diselitkan dengan gelak ketawa kerana lawak-lawak yang biasanya datang dari Joe yang memang mempunyai selera humor yang tinggi.
            “ Wei tengok tu ada pokok mangga. Banyak betul mangga dia wei.” Jerit Rizal sambil menunding ke arah sebuah pokok mangga yang agak besar dan sedang berbuah dengan banyak sekali. Mangga-mangga yang kelihatan sudah masak ranum itu hanya tunggu dipetik sahaja.
            Mereka turun dari basikal mereka, Joe dan Rizal terus memanjat pokok itu dengan pantas manakala Bob dan Rizal menunggu di bawah. Mereka sudah biasa mencuri buah-buahan di kebun-kebun milik Pak Saad dan mereka juga sudah mempuyai modus operandi mereka sendiri yang membuatkan mereka ‘halimunan’ dan tidak dapat di tangkap.
            Buah-buah dikumpulkan dan dibahagikan sama rata, masing-masing memasukkan harta rampasan ke dalam bag sandang. Sudah menjadi kebiasaannya mereka menikmati harta rampasan perang jauh dari medan, meskipun pokok pokok itu kelihatan seperti tiada pemilik, tetapi sebagai langkah berhati-hati, siapa tahu masih ada penduduk di hutan itu.
            Mereka mengayuh basikal mencari lokasi yang sesuai. Akhirnya mereka jumpa sebuah pokok rendang yang sederhana besarnya. Mereka meletakkan basikal di tepi. Sebagai budak kampung mereka sudah biasa duduk di atas tanah tanpa apa-apa alas apatah lagi disitu terdapat rumput-rumut yang tumbuh agak banyak.
            Mereka membuka guni masing-masing, namun pada akhirnya mereka mengumpulkannya menjadi satu supaya mereka dapat menikmatinya sama-sama. Begitulah persahabatan mereka.
            “ Uiiihh! Sedapnya buah ni. Terasa masam-masam manis dia tu.” Puji Rizal sambil melahap buah mangga itu. Kawan-kawannya yang lain tidak menjawab kerana sibuk melahap buah-buah Mangga itu.
            Mereka menghabiskan masa hampir setengah jam sebelum masing-masing terbaring kekenyangan seperti penagih dadah. Habis bersepah biji-biji Mangga. Buat beberapa ketika, mereka berbaring sambil menikmati pemandangan pokok-pokok kering seperti dalam drama-drama Korea.
            “ Dah pukul berapa ni?” Joe terbangun dari tidurnya. Dia melihat sekeliling, kawan-kawannya juga sedang tidur dengan lena. Suasana sekitar semakin gelap dan sepi, mereka terleka dan sekarang mereka harus balik dengan cepat atau mereka akan menanggung azab rotan dari ayah masing-masing.
            Joe mengejutkan kawan-kawannya. Rizal, Bob dan….. Akim? Dimana Akim? Joe melihat sekeliling mana tahu ada kelibatnya dimana-mana. Mana tahu dia ngigau tidur sampai atas pokok, tetapi malangnya kelibat Akim tidak kelihatan di mana-mana tempat.
            “ Wei mana Akim?” Joe menyoal rakan-rakannya yang masih terpisat-pisat bangun dari tidur mereka yang lena. Bob dan Rizal melihat sekeliling mereka juga namun dalam keadaan masih mamai seperti itu, jangankan Akim, tangan mereka pun masih jelas-jelas kabur.
            “ Dah-dah jom balik. Dah nak Maghrib ni.” Arah Joe sambil bangkit mengemaskan dirinya diikuti oleh Bob dan Rizal.
            “ Kita kena cari Akim dulu.” Kata Rizal sambil membetulkan cermin matanya.
            “  Ya aku tahu.” Jawab Joe pendek tetapi tegas. Dia kelihatan risau dengan keadaan mereka sekarang. Melihatkan kepada jawapan itu, Rizal mengambil keputusan untuk berdiam diri walaupun masih ada beberapa perkara yang bermain di dalam fikirannya sekarang.
            “ Tapi basikal dia masih adalah.” Kata Bob sambil menunding jari telunjuknya kepada basikal Akim yang masih lagi di parking kemas bersama-sama basikal yang lain.
           
Joe mula meneguk air liurnya sendiri. Mungkin Akim pergi kencing di mana-mana kot. Joe cuba menenangkan dirinya. Sedikit-sebanyak, dia berasa seperti bertanggungjawab kerana dia yang mencadangkan aktiviti ini kepada kawan-kawannya.
“ Jom kita cari dia.” Joe memberikan arahan sebelum rakan-rakannya bergerak menaiki basikal mencari kawan mereka yang satu itu. Nama Akim di panggil secara berselang-seli , namun tidak ada sahutan.
Langit semakin gelap, Matahari sudah mula tergelincir di ufuk Barat. Namun mereka masih tidak menjumpai Akim, dan lebih teruk lagi, mereka semua sudah sesat sekarang. Semakin dalam mereka masuk, semakin pening mereka dibuatnya apabila pokok-pokok yang sama tetap mereka temui.
Joe mula berasa resah. Apa yang mereka ingin katakan kepada ibu Akim jika mereka tidak menjumpainya nanti? Lebih teruk apa yang mereka nak buat kalau tersesat di dalam hutan Melipur ini? Mereka masih terlalu kecil untuk mandiri di dalam hutan sendiri.
Di dalam hati Joe, mulai terbit bibit-bibit penyesalan. Kalaulah dia ikut nasihat Mak jemah tadi, mesti sekarang dia sudah mandi dan bersiap-sedia untuk ke masjid. Barangkali dia sudah berehat di atas katilnya di rumah. Tetapi sekarang mereka sedang berusaha mencari rakan mereka yang hilang.
Matahari sudah mulai hilang dari pandangan, yang ada cuma ekor sinarannya yang masih belum hilang menyebabkan langit berwaran merah terang. Suasana yang amat jarang di alami oleh orang Malaysia seperti mereka, menambahkan lagi kecuakan dalam diri mereka.
“ Macammana ni Joe?” Rizal yang dari tadi senyap menuruti mana perginya Joe mulai takut. Dia fikir Joe boleh mencari jalan keluar dari hutan tersebut, di antara ketiga-tiga rakannya, Joelah yang paling dia respect kerana sikap beraninya itu.
Joe hanya diam membantu menggusarkan lagi hati Rizal. Bob mencari-cari sesuatu di dalam begnya, beberaa saat kemudian, Bob mengeluarkan lampu suluh besar milik ayahnya yang di ambil tanpa pengetahuan ayahnya petang tadi.
Gembiralh sikit hati Joe dan Rizal, sekurang-kurangnya tidaklah mereka bergelap mencari jalan keluar. Mereka memapah basikal mereka mendekati sebuah tempat yang agak lapang di depan mereka.
Basikal dihempas dan mereka terus terlentang di atas rumput-rumput yang tumbuh agak lebat. Masing-masing melepaskan penat yang menyekat nafas di dada mereka.
“ Kalau kita dapat keluar dari sini, aku takkan masuk ke sini lagi dah.” Kata Bob yang menjadi ‘tilam’ bagi Joe dan rizal kerana badannya yang sedikit gempal.
Joe bangkit dari perbaringannya, Bob dan Rizal juga pantas bangun kerana fikirkan ada apa-apa yang berlaku.
“ Kenapa Joe?” Soal Rizal dengan muka cuaknya.
“ Aku bau sesuatu yang sedap. Bau telur goreng.” Jawab Joe sambil meneguk air liurnya. Perutnya sudah mula berkeroncong diminta isi.
Bob dan Rizal menghidu-hidu sekeliling mereka untuk menangkap bau yang dimaksudkan oleh Joe. Bau telur goreng mulai menyapa hidung Bob dan Rizal membangkitkan selera makan mereka.
“ Jom cari bau tu, mesti ada orang lagi ni, kita minta diorang tunjukkan jalan keluar dari hutan ni.” Rizal memberikan idea. Pemikiran waras Joe dan Bob terkeliru dengan bauan harum dan nafsu makan mereka.
Mereka berdua bergegas menaiki basikal dan memulakan perjalanan mencari lokasi bauan tersebut. Lampu suluh Bob diikat pada basikal Joe yang berada di hadapan sebagai ketua kumpulan memudahkan perjalanan mereka merentasi hutan dan semak-samun.
Kadang-kadang mereka hilang jejak, tetapi dapat kembali bauan itu sebagai petunjuk untuk mereka mencari walau setitik cahaya harapan.
Dari jauh kelihatan sebuah rumah kampung yang sederhana besar dengan lampu kalimantang membuatkan rumah itu kelihatan agak seram bagi Joe dan dua kawannya. Tetapi kelibat dua anak kecil bermain di halaman rumah membuatkan keraguan Joe, Rizal dan Bob berkurangan.
“ Assalamualaikum!” Joe memberi salam.
Tiada jawapan.
“ Assalamualaikum!” Joe memberi salam kedua.
Anak-anak kecil yang dari tadi sudah berhenti bermain melihat kehadiran mereka bergegas naik ke atas rumah. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki dari dalam rumah.
“ Waalaikumussalam.” Suara wanita lembut menjawab salam Joe. Sementelah itu, muncul seorang ibu muda di muka pintu. Wajahnya manis membuatkan Joe dan kawan-kawannya berasa selesa.
“ Maaf mak cik. Kita orang sudah sesat ni.” Jawab Joe jujur dengan nada kecewa.
“ Jadi nak mintak mak cik tolong tunjukkan jalan keluar dari hutan ni.” Sambung Joe lagi.
Ibu muda itu tersenyum, lalu menjawab.
“ Hari sudah malam ni. Bahaya kalau budak-budak macam kamu main-main dekat hutan macam ini, apakata kamu semua menginap dulu di sini.”
Joe, Rizal dan Bob saling berpandangan. Dalam keadaan mereka sejuk, lapar dan ketakutan, ia ibarat satu rahmat bagi mereka untuk menginap malam itu di rumah itu.
“ Baiklah mak cik. Kita orang nak menginap dekat sini sajalah malam ini.” Kata Joe mewakili dua sahabatnya.
Ibu muda itu tersenyum sambil menjemput masuk ke dalam rumahnya. Menjejakkan langkah pertama di muka pintu, Joe menatap sebuah rumah yang indah dan kemas dengan dekorasi-dekorasi kampung yang sederhana tetapi berjaya melahirkan suasana estetika di rumah itu.
“ Kamu semua sudah makan?” Ibu muda itu menyoal. Joe, rizal dan Bob menggeleng serentak. Serentak itu, ibu muda itu berlalu ke dapur. Kelihatan anak-anaknya tadi sudah duduk diam di ruang tamu sambil memerhatikan mereka. Kedua-duanya perempuan, comel dan cantik macam ibunya.
“ Mari turun bawah makan!” Laung ibu muda itu dari dapur. Joe lekas bangun diikuti kawan-kawannya. Sebelum turun ke dapur, Bob sempat melihat anak-anak kecil tadi tersenyum gembira melihat mereka.
Mereka dihidangkan dengan lauk-lauk yang agak banyak beraneka ragam, menaikkan nafsu selera makan mereka yang memang sudah bernafsu dari tadi.
Mereka terus melahap makanan-makanan tersebut ibarat orang kebuluran 10 tahun lamanya. Seusai itu, mereka ditunjukkan sebuah bilik sederhana besar untuk mereka tidur malam itu. Biarpun hanya beralaskan tikar mengkuang, tetapi lagi elok dari terpaksa tidur di hutan.
“ Ada tandas tak mak cik?” Tanya Joe. Dia berasa mahu terkencing sejak dari petang tadi lagi tapi di tahan kerana rasa cuak selepas menyedari Akim sudah tidak ada dengan mereka tadi.
“ Ada, tapi diluar kamu berani ke?” Jawab ibu muda itu sambil bertanyakan soalan dengan nada yang lembut.
Joe melihat tandas diluar rumah itu melalui tingkap ruang tamu yang kebetulan berada di sebelahya. Tandasnya kelihatan baik-baik sahaja lagi pula baru pukul 8 malam, masih terlalu awal.
Joe memandang ibu muda tersebut sambil mengangguk tanda dia mahu meggunakan tandas tersebut. Ibu muda itu mengangguk lembut tanda membenarkan Joe menggunakannya.
Sebelum keluar, ibu muda itu berpesan:
“ Nanti jangan pandang sangat pondok buruk dekat dengan tandas tu ya.” Joe mengangguk. Dia tidak perasan ada pondok buruk berdekatan dengan tandas tersebut sewaktu dia melihat dari anak tingkap tadi.
Langkah diatur laju, dia mahu melangsaikannya secepat mungkin. Sebelum masuk ke tandas dia sempat menangkap kelibat pondok buruk yang terletak sedikit jauh dari tandas tersebut.
Selepas selesai mencuci, dia keluar dengan perasaan lega. Dia melihat sekeliling sebelum pandangannya berakhir pada pondok tersebut. Berlampu, mungkin ada orang.
Joe menoleh kearah rumah kembali. Tidak kelihatan ibu muda tersebut dari tingkap yang dia gunakan untuk melihat tandas tadi. Dia bergegas ke arah pondok tersebut.
            Pondok yang usang itu mempunyai banyak raung-ruang untuk mengintai dimanfaatkan oleh Joe. Dia cuba memasang mata melihat melalui celah-celah kayu itu.
            Bau busuk mula menyengat hidung, kelihatan seeorang sedang duduk di atas kerusi sambil disekelilingnya penuh dengan cairan merah. Joe mula tidak sedap hati, dia cuba melihat siapakah orang yang sedang duduk di atas kerusi itu.
            “ Aku nak balik……” Rintih orang itu. Terbeliak mata Joe melihat orang itu diseksa sebegitu gaya. Kerusi yang didudukinya itu penuh dengan paku-paku, kulit tangan kakinya telah dilapah dan perutnya juga telah dicungkil. Joe berasa sangat takut.
            Tiba-tiba dunia bagaikan terbalik, pandangan Joe mula berpinar-pinar. Keseimbangannya juga sudah mulai goyah. Dia harus balik dan mengajak kawan-kawannya lari. Mak cik itu pembunuh!
            Namun dua langkah sudah cukup susah bagi Joe. Dia akhirnya rebah juga menyembah bumi. Sebelum pengsan, dia ternampak sesuatu di bawah rumah mak cik tersebut yang juga sedang memandangnya.

            Itu ialah kepala Akim yang sudah tidak berbadan lagi! Memandangnya dengan mata terbeliak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senyum!

 Suasana Taman Desa Rembau sunyi sepi hanya ditemani dengan deruan angin yang sedikit kuat pada malam itu. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam tetapi keadaan di taman perumahan itu sudah kelihatan sepi tanpa ada orang-orang di jalan atau pun di luar rumah.           Sarah membuka pintu peti aisnya. Dilihat jika ada sebarang makanan segera ataupun minuman sejuk yang dapat dihadamnya pada malam itu. Pintu ditutup, Penutup botol air minuman Orange Tripily di buka. Segera diteguknya untuk menghilangkan dahaga.           Selepas hilang dahaga, dia pergi ke ruang tamu. Kelihatan adiknya, Maisarah berumur 9 tahun sedang meniarap di atas permaidani merah lembut bermotifkan bunga sambil menyiapkan kerja sekolahnya.           Tv dibiarkan terbuka untuk menemani mereka berdua pada malam itu. Mak ayah Sarah masih belum pulang dari kenduri pak cik saudaranya...

MANA TABBY!?

          Kereta Honda CR-V meluncur laju atas balapan hitam.Disambut sorakan pokok-pokok yang bergoyang ditiup angin petang.Cuaca redup dan mendung semendung pandangan Haikal yang berada ditempat duduk belakang.PSP nya sudah lama berehat disisi Haikal,mungkin sudah mula hilang keghairahan memainkan game-game yang tersemat dalam badan canggih berlogam itu.Kedengarangan ayahnya Encik Mustaqim sedang berbual dengan Maknya Puan Kamariah.           “Lambat lagi ke papa?” Haikal menyampuk dari belakang.Pandangannya masih melekat pada paranorma hijau yang sunyi dan sepi.Sesekali kelihatan beberapa banglo.           “Sabar haikal.Sekejap lagi.Kamu mesti lagi sukakkan rumah baru kita ni.Besar dan lagi cantik dari rumah kita yang lama.” Encik Kamal hanya menjawab dengan senyuman.           Haikal memang tidak ...