Suasana Taman Desa
Rembau sunyi sepi hanya ditemani dengan deruan angin yang sedikit kuat pada
malam itu. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam tetapi keadaan di taman perumahan
itu sudah kelihatan sepi tanpa ada orang-orang di jalan atau pun di luar rumah.
Sarah membuka pintu peti aisnya. Dilihat jika ada sebarang
makanan segera ataupun minuman sejuk yang dapat dihadamnya pada malam itu.
Pintu ditutup, Penutup botol air minuman Orange Tripily di buka. Segera
diteguknya untuk menghilangkan dahaga.
Selepas hilang dahaga, dia pergi ke ruang tamu. Kelihatan
adiknya, Maisarah berumur 9 tahun sedang meniarap di atas permaidani merah
lembut bermotifkan bunga sambil menyiapkan kerja sekolahnya.
Tv dibiarkan terbuka untuk menemani mereka berdua pada
malam itu. Mak ayah Sarah masih belum pulang dari kenduri pak cik saudaranya
walhal sudah hampir satu jam setengah mak dan ayahnya pergi.
Dilihatnya satu persatu siaran yang sedang ditayangkan di
TV tetapi tiada satu pun yang berjaya menarik minatnya.
“Bila mak nak balik?” Adiknya yang kecil sudah mula
mengeluh sendiri sambil menukar posisi baringnya agar senang dia menonton TV.
“Kejap lagi balik la tu.” Sarah mejawab dengan nada malas
melayannya. Makin dilayan nanti makin menjadi-jadi budak kecil itu.
“Adik ngantuklah.” Gumam Maisarah
sambil mengesat matanya.
“Pergilah naik atas sana tidur. Kemas
sekali buku-buku tu.”
Maisarah menurut cakap kakaknya itu.
Dia mula mengemas buku-buku sekolah dan alat-alat tulis yang bersepah di atas
permaidani itu.
Sarah hanya memerhatikan adiknya yang
berumur 9 tahun itu menaiki anak tangga untuk ke bilik tidur yag terletak di
tingkat atas.
Seraya kelibat adiknya tidak
kelihatan, Sarah menggapai Iphone 6snya yang berada diatas meja kecil satu set
dengan sofa yang sedang dia duduki sekarang. Ibunya Puan Adita membeli satu set
perabot itu dengan harga RM395 di kedai Uncle Kiong Toh.
Sarah
membuka kenalan, terpapar nama ‘Shamsuddin’ yang merupakan senior merangkap
balaknya. Lebih baik dia bergayut dengan pakwenya yang tua dua tahun darinya itu
sementara menunggu ibu-bapanya pulang.
“Beep…..”
“Beep…..”
10
saat menunggu, operator memulakan kerjanya menyambut pemanggil segera Sarah
menekan simbol gagang merah. Dia mula merungut seorang diri. Pelbagai spekulasi
mula bermain di fikirannya.
Dia
mencuba lagi kali ini dengan tanggapan pakwenya mungkin tidak dengar
panggilannya itu.
Namun
masih tetap menghampakan apabila panggilannya tidak terbalas sama sekali. Dia
melihat signal telefon pintarnya itu. Lima palang menunjukkan talian sambungan
yang sangat baik.
Sarah
mencampakkan telefonnya ke sofa satu
lagi yang berada di sebelah sofa yang sedang dia duduki sekarang sambil
meleaskan keluhan berat. Boleh sahaja dia melelapkan matanya sebentar di atas
sofa panjangnya itu, tetapi Sarah tidaklah seberani itu. Dia lebih rela
bersengkang mata sewaktu ibu bapanya tiada di rumah terutamanya waktu malam.
“We
don’t talk anymore,
We don’t talk anymore
We don’t talk anymore like we used to do..”
Iphone
6s Sarah bordering. Segera Sarah mengambil Iphonenya itu. Dilihat nama yang
tertera pada Screen. Dia tersenyum, mukanya yang kelat mula menjadi manis. Mana
tidak, balaknya yang merupakan Hot stuff
di sekolahnya itu menghubunginya semula. Mungkin dia sibuk tadi, itulah
tanggapan Sarah sekarang.
“Hello
bang..” Suara Sarah manis menyambut panggilan itu.
“………………”
“Abang
Sam?”
“……………….”
Sarah
melihat kembali screen phonenya
balik. Masih memaparkan panggilan dari Shamsudin. Segera dia tekapkan kembali phonenya di telinga.
“Hello
abang!?”
“………………”
“Abang….
Janganlah main main!” Sarah memujuk dengan suaranya yang paling lembut yang
mampu menggetarkan jiwa raga mana-mana lelaki yang mendengarnya.
Tiba-tiba
telinga Sarah menangkap bunyi sesuatu di dalam talian. Sarah Cuma mengamati
bunyi itu. Memang tak salah, suara lelaki sedang ketawa. Lebih tepat lagi suara
abang Samnya itu yang sedang ketawa di dalam talian.
“Abang
Sam! Janganlah main-main!”
“Hihihihihihihihi”
“Saya tutup panggilan ni kalau abang Sam taknak cakap apa
apa!”
“hehehehehehehe.”
“Eiihh! Abang Sam!’
“HAHAHAHAHAHAHA.” Gelak tawa Shamsudin makin kedengaran
kuat di talian. Gelak tawanya pelik seperti orang gila atau watak jahat di
dalam komik.Berdekah-dekah.
Makin lama gelak tawa Shamsudin berubah menjadi mengerikan.
Suaranya seperti orang semput tetapi memaksa dirinya untuk terus ketawa
terbahak-bahak. Sekejap suaranya seperti orang tercekik sesuatu.
Sarah mencampakkan phonenya
ke sofa. Matanya membesar, peluh dingin mula membasahi dahinya. Dia tidak tahu
adakah itu Shamsudin ataupun bukan. Kerana abang Sam yang dikenalinya itu
seorang yang cool dan matang.
“Jangan-jangan Abang Sam dalam bahaya?” Getus hati Sarah.
“Dia mengambil kembali phonenya
itu lalu mengaktifkan pembesar suara. Shamsudin masih belum mematikan
panggilan. Selepas pembesar suara diaktifkan, kedengaran suara Shamsudin yang
masih gelak sakan di dalam panggilann.
“Abang Sam okay ke!?” soal Sarah dengan nada yang tinggi.
Tiba-tiba Shamsudin berhenti ketawa. Suasana hening mula
menyapa. Sarah mendiamkan diri, cuba mendengar
apa-apa yang mencurigakan di dalam panggilan.
Namun panggilan dimatikan oleh Shamsudin. Sarah terdiam.
Dia mula risau kalau Shamsudin dalam
masalah. Dia mula panik sendiri. Kalau dia ada nombor ibu-bapa Shamsudin
bolehlah dia hubunginya sekarang tetapi malangnya dia tidak ada nombor
mana-mana keluarga terdekat Shamsudin.
Sedang dia dalam keadaan gelabah sendirian, telinganya mula
menangkap bunyi yang ganjil. Bunyi itu datang dari luar rumahnya. Sarah cuba
mengamati bunyi itu.
Bunyi seakan-akan orang tergelak sakan. Tapi sayup-sayup
kedengaran. Bulu romanya merinding. Bunyinya seperti ramai. Tapi dia cuba
bersangka baik mungkin itu cuma budak-budak bujang yang suka melepak dekat
pokok Ara besar yang tidak jauh dari rumahnya.
Sarah kembali memikirkan pasal Shamsudin. Tabiat gigit kuku
ibu jarinya juga mula dipamerkan melambangkan dia sedang risau atau sedang
memikirkan sesuatu.
Tetapi bunyi gelak tawa diluar sana masih kedengaran, malah
bunyinya semakin kuat dan bunyi gelaknya semakin galak. Sarah mula perasan cara
gelak tawa itu mirip seperti Shamsudin
sewaktu di dalam panggilan.
Sarah melangkah perlahan-lahan ke tingkap untuk memeriksa
keadaan. Apabila langsir diselak, alangkah terkejutnya dia apabila melihat
kawan perumahannya bukan sahaja sepi tetapi gelap gelita. Lampu jalan dan rumah
rumah sekitarnya tidak berlampu. Kaki Sarah mula menggeletar kuat.
Segera dia mengambil phonenya
yang dicampaknya tadi. Dia mencari nombor ibunya. Butang call di tekan. Sarah menunggu ibunya menjawab panggilan itu.
10 saat menunggu, namun penungguan itu dibalas hampa.
Ibunya tidak menjawab panggilan. Sarah cemas lalu menggigit kuku ibu jarinya.
Dalam keadaan cemas sedemikian dia rasa menangis.
Dia cuba menghubungi
ayahnya, tetapi dia baru ingat smartphone
ayahnya tidak dibawa kerana sedang di charge.
“Shit!” Sarah
menghambur kata kesat. Dia mengesat peluh yang mengalir di dahinya.
Dia berharap ayah dan ibunya pulang secepat mungkin. Namun
untuk bertahan ke tahap itu sepertinya agak mustahil apabila suara gelak tawa
itu makin dekat. Bukan seorang, ramai mungkin lebih dari sepuluh orang. Mereka
semua gelak seperti orang gila.
Sarah cuba menilik keadaan di luar melalui jendela
utamanya. Dari gelap gelita itu, Sarah dapat mengesahkan tekaannya. Dari jauh
kelihatan ramai orang berjalan sambil ketawa mengekek. Ada diantara mereka yang
membawa obor-obor.
Lagaknya seperti mereka sedang mengadakan tunjuk perasaan.
Tetapi tunjuk perasaan yang ganjil. Sudah. Sarah ketakutan. Mereka semua sedang
meghala ke rumahnya sekarang.
“Okay jangan panik Sarah.” Sarah bermonolog memujuk hatinya
yang resah. Jantungnya berdetak kuat seperti mahu meletup berkecai.
“Ouh ya! Lampu!” Terdetik hati Sarah sambil melihat lampu pendaflour rumahnya. Hanya rumahnya
sahaja sekarang ini yang berlampu. Mungkin itu akan tarik perhatian mereka.
Sarah berlari anak menutup lampu ruang tamu. Kemudian dia
menutup lampu dapur. Tingkat atas mungkin tidak menyala kerana adiknya mungkin
sudah terlelap. Meskipun baru berusia 9 tahun, tetapi Maisarah sudah biasa
tidur bergelap sendirian.
Bunyi gelak tawa semakin kuat, Sarah kembali mengintai di
celah tirai.Ramai, terlalu ramai. Siapa mereka dan apa yang mereka nak. Itu
yang bermain-main di dalam fikiran Sarah.
“Itu Mr. Ranjit kan!?” Berderau darah Sarah melihat Mr.
ranjit iaitu jirannya yang duduk selang beberapa rumah dari rumah Sarah. Mr.
Ranjit juga adalah sahabat kerja ayahnya.
Tetapi perkara yang ganjil ialah, Mr. Ranjit juga sedang
gelak seperti orang gila. Mukanya putih seperti memakai bedak, matanya lebam
dan dia memakai gincu!? Yang lebih aneh, semua yang gelak ketawa itu sama
seperti Mr. ranjit mengenakan solekan putih yang tak rata, mata lebam dan gincu
tebal.
Lebih mengejutkan apabila dia melihat ramai orang yang dikenalinya di dalam kelompok
tu. Encik halim iaitu guru bahasa melayu di sekolahnya, Maimun, Natasha, Aina,
wahida dan kawan-kawannya yang lain pun turut berada disitu. Mereka semua
seperti di rasuk sesuatu.
Entah-entah semua orang sudah jadi macam itu. Hanya dia dan
adiknya sahaja yang mungkin masih selamat. Sarah masih khusyuk memerhatikan dan
mengecam orang-orang yang dia kenal. Hampir semua malah jiran-jirannya yang dia
tidak tahu namanya juga ada disitu.
Suara hilaian gelak ketawa yang kuat dan ramai membuatkan
Sarah sangat ketakutan. Dia mula menutup telinganya. Mereka semua sudah gila.
Gila!
“Sarah!”
Sarah membuka tekupan telinganya, dia mendengar namanya
diseru. Tetapi pasti dia tidak akan suka seruan itu.
Ya! Ianya seruan dari luar. Dari kawan-kawannya. Mereka
semua memanggil-manggil namanya sambil gelak mengilai. Sarah membatukan diri.
Dia mula rasa nak terkencing.
Sarah dapat mendengar suara dan langkah kawan-kawannya
semakin dekat. Semakin dekat dan semakin dekat. Sarah rasa nak menangis. Dia
menekup mulutnya. Bimbang suara tangisannya di dengari.
Mereka masih tetap memanggil namanya . Saling
berganti-ganti. Sepertinya mereka sangat gembira. Tetapi bukan bagi dirinya. Air matanya sudah jatuh
bercucuran. Tetapi tetap menahan suaranya dari didengari oleh kawan-kawannya.
“Sarah!”
“Sarah!”
Bertapa gembiranya
Sarah apabila mendengar suara ayah dan ibunya dari luar. Sarah kembali
mengintai dengan sekecil-kecil lubang supaya dia tidak dikesan cukup untuk dia
mendapatkan gambaran di luar sana.
Namun kegembiraannya hancur berkecai. Ayah dan ibunya juga
sama. Mereka berdua tersenyum lebar. Mata mereka kuyu. Dan… dan mereka sedang
melihat kearah Sarah yang sedang mengintai melalui tingkap.
Sarah berlari selaju mungkin ke tingkat atas sambil
menangis. Kini dia sudah rasa tidak ada tempat yang selamat lagi. Dia berlari
mendapatkan adiknya yang tidur di biliknya.
Dalam gelap gelita, Sarah masuk ke dalam bilik adiknya lalu
mengunci pintu bilik. Dia terduduk sambil menangis teresak-esak. Dia merasa
sangat lemah, tidak ada lagi orang yang boleh menolong mereka.
“Kakak..”
Sarah menoleh.Dalam gelap-gelita dia melihat adiknya bangun.
“Mai…”
Belum sempat Sarah memanggil adiknya, Maisarah mula ketawa
terbahak-bahak. Mata Sarah membuntang luas. Adiknya turun dari katil menghampiri
Sarah yang tergamam.
Dalam
gelap-gelita itu, Sarah dapat melihat, adiknya menyeringai ke arahnya sambil
membawa gunting..........
Ulasan
Catat Ulasan